Selamat Datang ke Portal DVS Kedah
Pemakluman Penggunaan Sistem eVETPERMIT 3.0
Prosedur Penyembembelihan Korban 2025
Pelaksanaan Ibadah Korban 2025
Suntikan Rabies Daerah Kubang Pasu 2025
Program Insentif DVS KEDAH 2025
Jom Muat Turun IKEDAH
Mesra Mobil
Layari web DVS Kedah menggunakan telefon pintar anda
Awas Penyakit Rabies
SMS Aduan
Program Rezeki Ternak Tahun 2024 | Unggas
- Details
- Hits: 2506

Progam Rezeki Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (UNGGAS) Tahun 2024 telah dibuka 01 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024. Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code untuk mendapatakn Borang Permohonan dan Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklan dikembalikan ke Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan atau Pusat Opearsi VetEC sebelum atau pada 29 Februari 2024. Kriteria penerima | Warganegara Malaysia 15 tahun keatas | mempunyai tapak projek yang sah | penternak baharu/sedia ada yang mempunyai reban dan peralatan yang baik | tidak pernah menerima bantuan dari JPV. Pilihan bantuan: Anak ayam kampong kacukan, anak ayam kampung asli, anak ayam pedaging, anak ayam telur, anak itik penelur, anak itik daging, anak puyuh pedaging dan anak puyuh penelur.
Program Rezeki Ternak Tahun 2024/2025 | Ruminan
- Details
- Hits: 3371

Progam Rezeki Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (RUMINAN) Tahun 2024/2025 telah dibuka 01 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024. Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code untuk mendapatakn Borang Permohonan dan Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklan dikembalikan ke Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan atau Pusat Opearsi VetEC sebelum atau pada 29 Februari 2024. Kriteria penerima | Penternak Ruminan berdaftar dengan evetPermit JPV Malaysia | Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 01 Januari 2024, pengalaman menternak sekurangnya 1 tahun, tidak menerima bantuan dari agensi lain dan mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan ternakan (geran padanan 10:90) bantuan induk ruminan.
Kolaborasi Pintar KPM, UUM dan DVS Kedah.
- Details
- Hits: 959

04 Januari 2024 -Kolaborasi Pintar Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah - Program Hooves&Harvest Kelab MyAgrosis UUM Sintok, Kedah. Dalam mempersiapkan tenaga kerja berilmu dan berkemahiran bagi mencapai matlamat negara dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan negara, satu program kolaborasi pintar antara Sekolah Ruminan, Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan Tema "Hoovers And Harvest" telah berjaya dilaksanakan.Seramai 40 orang mahasiswa tahun tiga dari Program Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaantani Universiti Utara Malaysia telah mengikuti program tersebut. Program ini dianjurkan .
Majlis Anugerah Cermerlang DVS Kedah 2023.
- Details
- Hits: 935

7 DISEMBER 2023 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Sanjungan Budi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah 2023 telah diadakan pada 7 Disember 2023 di Ballroom ABC, Urban Inn Alor Setar. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah Jabatan Perkidmatan Veterinar Negeri Kedah. Turut hadir adalah semua kakitangan Jabatan Perkidmatan Veterinar Negeri dan Persekutuan. Majlis juga turut meraikan Perkhidmatan Veterinar Daerah yang terbaik yang dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Pendang, yang diketuai oleh En Rosli bin Hussin. Turut diraikan adalah pemenang aktiviti sukan jabatan di peringkat negeri dan kebangsaan dimana
Majlis Penyerahan Insentif DVS Kedah Tahun 2023.
- Details
- Hits: 1106

27 DISEMBER 2023 - Majlis Penyerahan Insentif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Tahun 2023 telah di adakan pada 27 Disember 2023 Di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Padang Terap ,Kedah. Majlis ini telah hadiri oleh YBrs. Dr shaharul Akmar Bin Talib, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr. Siti Nurkhadijah Binti Md Yunos, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan,Dr Nuratiqah Binti Mohamad Radhi, Penyelaras VetEC Zon Utara serta PPVD dan Pegawai Operasi VetEC.Seramai 47 orang peserta Program Rezeki telah dijemput bagi menerima tawaran rasmi sebagai peserta bagi Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2023.
Kedah "ANIMAL SHELTER", Pendang.
- Details
- Hits: 1438

20 DISEMBER 2023 - PENDANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan untuk berangkat ke 'Animal Shelter', di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Yang Berbahagia Dato' Seri Setia DiRaja Dato' Paduka Hj Bakar bin Din, Dato' Pengelola Bijaya DiRaja dan Yang Berusaha Dr. Shaharul Amar bin Talib, Pengarah Veterinar Negeri Kedah.
Penukaran Nombor Telefon

Klinik Veterinar DVS Kedah

Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami

Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Video





