Iklan Jawatan Kosong
- Details
- Hits: 13092
Warganegara Malaysia (tinggal di Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.
CARA PERMOHONAN
l Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh dicetak dalam LAMAN Sesawang :
1. MAKLUMAT IKLAN JAWATAN KOSONG
2. BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
l Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.
l Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :
Sekeping gambar terbaru berukuran passport
Kad pengenalan
Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
Sijil berhenti sekolah
Sijil akademik
l Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:
Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON
l Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Jalan Datuk Kumbar,05300 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(u/p:Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 09 JULAI 2023