Kolaborasi Pintar KPM, UUM dan DVS Kedah.
- Details
- Hits: 892
04 Januari 2024 -Kolaborasi Pintar Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah - Program Hooves&Harvest Kelab MyAgrosis UUM Sintok, Kedah. Dalam mempersiapkan tenaga kerja berilmu dan berkemahiran bagi mencapai matlamat negara dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan negara, satu program kolaborasi pintar antara Sekolah Ruminan, Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan Tema "Hoovers And Harvest" telah berjaya dilaksanakan.Seramai 40 orang mahasiswa tahun tiga dari Program Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaantani Universiti Utara Malaysia telah mengikuti program tersebut. Program ini dianjurkan bagi memberi peluang pengalaman pembelajaran yang holistik kepada para mahasiswa apabila dapat merasa dan melihat sendiri keadaan sebenar dilapangan dan diharapkan dapat meningkatkan lagi kefahaman serta menyuntik semangat usahawantani dikalangan mahasiswa.Kolaborasi Pintar ini juga diharapkan dapat diteruskan pada masa mendatang bagi mempersiapkan anak bangsa yang berkemahiran dan berilmu.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar