Perutusan Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman dapat dilaksana bagi memenuhi keperluan pengunjung yang melayari Laman Web Jabatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan program-program yang dijalankan.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) terlibat memberi perkhidmatan dengan teras aktiviti di dalam aspek kesihatan dan kawalan penyakit haiwan, serta pembangunan komoditi ternakan. Perkhidmatan yang diberikan juga termasuk kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang penternakan.
Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya produk daripada hasilan ternakan mencapai kualiti keselamatan makanan yang ditetapkan, dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kawalan penyakit zoonotik dan haiwan kesayangan.
Selamat melayari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.
Sekian. Wassalam.
DR. SHAHARUL AKMAR BIN TALIB
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Darul Aman
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar