Bahagian Pentadbiran
- Details
- Hits: 3387
OBJEKTIF
Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan khusus untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di Unit Pentadbiran Am, Aset, dan Unit Kewangan dan Akaun bagi memenuhi fungsi Bahagian supaya pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur.
FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan secara khususnya mengikut unit adalah seperti berikut:
Unit Kewangan dan Akaun
-
- Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.
- Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus
- Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan Kewangan seperti pembayaran gaji, urusan stor dan lain-lain.
Unit Pentadbiran Am
-
- Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pentadbiran Am termasuk sistem fail dan pemeriksaan kesihatan
- Bertanggungjawab memastikan keceriaan dan keselamatan pejabat
- Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan urusan keselamatan dan pentadbiran am
- Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kakitangan
Unit Aset
-
- Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pengurusan Aset
- Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan dengan aset Jabatan
- Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pengurusan Aset