Kedah "ANIMAL SHELTER", Pendang.
- Details
- Hits: 1248
20 DISEMBER 2023 - PENDANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan untuk berangkat ke 'Animal Shelter', di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Yang Berbahagia Dato' Seri Setia DiRaja Dato' Paduka Hj Bakar bin Din, Dato' Pengelola Bijaya DiRaja dan Yang Berusaha Dr. Shaharul Amar bin Talib, Pengarah Veterinar Negeri Kedah. 'Animal Shelter' yang dibina ini adalah cetusan ilham serta keperihatinan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah dan Keluarga DiRaja Baginda untuk memberi bantuan dan perlindungan kepada haiwan-haiwan yang terbiar. Baginda Tuanku berdua turut perkenan bercemar duli melawat sekitar kawasan 'animal shelter' tersebut sebelum berangkat pulang.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar