Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Langkawi
- Details
- Hits: 6845
Tanggungjawab Jabatan Veterinar meliputi :-
-
Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
-
Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
-
Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
-
Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
-
Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
-
Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
-
Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
-
Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.
-
Unit Kewangan dan Akaun
Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus
Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan Kewangan seperti pembayaran gaji, urusan stor dan lain-lain.
Unit Pentadbiran Aml Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pentadbiran Am termasuk sistem fail dan pemeriksaan kesihatan
l Bertanggungjawab memastikan keceriaan dan keselamatan pejabat
l Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan urusan keselamatan dan pentadbiran am
l Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran
l Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kakitangan
Unit AsetMemberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pengurusan Aset
Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan dengan aset Jabatan
Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pengurusan Aset
-
l Bahagian Pembangunan Industri Ternakan
-
OBJEKTIFMenyediakan pelan pembangunan program pembangunan setiap komoditi, melaksanakan program pembangunan dan memberikan perkhidmatan kepakaran teknikal pengeluaran komoditi
FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan secara khususnya mengikut unit adalah seperti berikut:
Unit Pedaging
Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri
Mewujudkan suasana pelaburan dan membentuk strategi pelaksanaan yang menggalakkan melalui konsep zero waste industry
Memberi khidmat teknikal dan kepakaran dalam industri pedaging.
Mengimport dan mengagihkan baka-baka ternakan lembu/ kerbau dan kambing/bebiri melalui skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST)
Unit Unggas
Mengumpul data dan maklumat industri unggas meliputi pengeluaran, pemasaran, kesihatan dan kualiti bagi tujuan menilai perkembangan industri, mengenalpasti masalah, merancang program pembangunan dan galakan pelaburan.
Menyediakan bahan-bahan dan dokumen pengembangan serta melaksanakan khidmat rundingan industri.
Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran unggas, memantau penggunaan dan keberkesanan penggunaannya.
Menyediakan garis panduan, peraturan dan standard kualiti peladangan unggas dan memantau pencapaiannya.
Melaksanakan program pemerhatian dan penyelidikan lapangan berkaitan industri unggas khususnya mengenai teknologi pengeluaran, pengangkutan dan pengendalian sisa ladang.
Unit Aneka HaiwanMerancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri aneka haiwan yang meliputi ternakan rusa, arnab, burung walit, landak dan burung unta.
Menggalakkan aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi.
Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan.
Membimbing pengusaha industri aneka haiwan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.
Unit Industri Asas TernakanMembangunkan kluster usahawan industri asas ternakan (IATn) yang berdaya saing.
Memberi khidmat nasihat dan rundingcara kepada usahawan IATn.
Melaksanakan pemantauan keatas aktiviti usahawan IATn
Membudayakan inovasi produk-produk baru dikalangan usahawan IATn.
Menyediakan platform bagi usahawan IATN mempromosikan produk-produk mereka.
Unit Teknologi Pembiakan Dan PembiakbakaanMenyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan.
l Bahagian Kesihatan
VISI
Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusiaMISI
Memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan terpelihara dan kesihatan awam terjamin.
OBJEKTIF
Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
Aktiviti – aktiviti Kesihatan yang dijalankan di lapangan :
Program Pemvaksinan dan Persampelan penyakit Kuku dan Mulut (FMD) dan Hawar Berdarah (H.S.)
Program Persampelan dan Kawalan penyakit Brucellosis lembu/kerbau (Jangkitan Brucella abortus), Brucellosis bebiri /kambing (Jangkitan Brucella mellitensis) dan Brucellosis babi (Jangkitan Brucella suis).
Program saringan penyakit tuberkulis dikalangan lembu tenusu dan rusa.
Program Persampelan, Pemeriksaan dan Pemantauan penyakit Selsema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza).
Program Kawalan dan Pemantauan penyakit Rabies terutama di kawasan Immune-belt.
Program Meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan seperti aktiviti Rawatan, Pembedahaan dan Bedah Siasat di Klinik-klinik Veterinar dan di lapangan.
Menyediakan dan mengesahkan dokumen-dokumen (sijil kesihatan, sijil import, sijil eksport dan sijil pergerakan ternakan)
Pemantauan dan Pemeriksaan ladang-ladang eksport ternakan itik, kilang-kilang dan loji pemprosesan hasilan ternakan.
Program Pemantuan, Lawatan dan Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).
Memantau Stesyen Kuarantin Haiwan Swasta