Selamat Datang ke Portal DVS Kedah
Pemakluman Penggunaan Sistem eVETPERMIT 3.0
Prosedur Penyembembelihan Korban 2025
Pelaksanaan Ibadah Korban 2025
Suntikan Rabies Daerah Kubang Pasu 2025
Program Insentif DVS KEDAH 2025
Jom Muat Turun IKEDAH
Mesra Mobil
Layari web DVS Kedah menggunakan telefon pintar anda
Awas Penyakit Rabies
SMS Aduan
Kempen Kesedaran Penyakit Anjing Gila Pejabat Veterinar Daerah Sik
- Details
- Hits: 979

18-4-2024 Khamis -Diantara pengisian program tersebut termasuklah ceramah Pengenalan Penyakit Anjing Gila, Kawalan dan Pencegahan Penyakit Rabies Pada Haiwan, Akta Kebajikan Haiwan, Program Vaksinasi Anjing, saringan kesihatan, penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertunjukan dari Skuad K9 PDRM, jualan Madani oleh FAMA, cabutan bertuah dan banyak lagi.Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari penduduk setempat dan orang awam.Terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga akan ada lagi program kolaborasi seperti ini lagi di masa akan datang
Majlis Penyerahan Insentif Penternakan & Amanat YB EXCO Pertanian Negeri Kedah 2024
- Details
- Hits: 1047

Majlis Penyerahan Insentif Penternakan & Amanat YB EXCO Pertanian Negeri Kedah telah di adakan pada 29hb.Januari 2024 bertempat di Dewan Jamuan Negeri Wisma Darulaman Aman. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia Dr. Akma Bt Ngah Hamid .Seramai 18 penternak mewakili daerah Negeri Kedah menerima pengiktirafan Insentif tersebut. Anugerah yang disampaikan adalah 12 penternak mewakili Insentif Negeri, 5 penternak Ladang Bebas Penyakit & 3 penternak Program Peningkatan Populasi Pembiak ke arah Peningkatan produktiviti 60%. Penyampaian pengiktirafan tersebut disampaikan oleh YB EXCO Pertanian Tn Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani Dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar. Majlis ini juga turut di hadiri oleh wakil BPEN, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan penternak Negeri Kedah. Harapan YB agar program insentif ini diteruskan lagi di masa hadapan untuk memperkembangkan lagi Industri Ternakan Di Negeri Kedah.
Program *Family Day 2024* Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.
- Details
- Hits: 958

Kelab Veterinar Kedah (KVET)dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah menganjurkan Program *Family Day 2024* yang di adakan di Merdeka Beach Resort pada 25hb. Januari 2024 (Khamis). Program ini disertai oleh 70 orang ahli kelab dan ahli keluarga masing2. Jumlah keseluruhan yang hadir seramai 300 org. Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua ketagori umur, kanak2 hingga dewasa, kaum ibu dan kaum bapa. Program ini di adakan bertujuan rmengeratkan hubungan silatulrrahim sesama kakitangan,ahli kelab,ahli keluarga dan bos dgn ank buah. Yang Berusaha Tuan Pengarah JPV Kedah Dr. Shaharul Akmar Bin Talib, Ketua Bhg Pembangunan Industri Ternakan, Ketua Bhg kesihatan, Ketua Bhg Pentadbiran, Ketua Bhg. Penguatkuasa, Ketua2 Seksyen, Ketua2 Unit, PPVD dan Pengurusan KVet Kedah turut meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi program ini. Harapan agar KVet (Biro sukan & reakrasi KVET) akan meneruskan lagi program sebegini di masa hadapan.
Mini Karnival Usahawan Veterinar Daerah Pendang 2024.
- Details
- Hits: 1213

10 Mac 2024, PVD Pendang telah menganjurkan Mini Karnival Usahawan Veterinar Daerah Pendang #2024 dan Program Jom Kasi. Bertempat di Perkarangan PVD Pendang brrmula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Fokus utama program ini adalah jualan produk berasakan ternakan yg dihasilkan oleh penternak dan usahawan sekitar daerah Pendang. Konsep program seakan pekan sehari@pekan nat. Tujuan program:-*merupakan Platform terbaik untuk penternak di daerah mempromosi diri dan produk,*Motivasi utk.tambah nilai projek dgn hasilan produk hiliran,*Program usahasama penternak daerah dgn PVD Pendang.
Program Zon Bebas Penyakit Kuku Dan Mulut (FMD)
- Details
- Hits: 1036

Program Sembang Santai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Bersama Yb Tuan Haji Dzowahir Bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah Sempena Program Zon Bebas Penyakit Kuku Dan Mulut (Fmd) Di Langkawi Telah Diadakan Pada 25 Februari 2024 pada jam 10 pagi Bertempat di Kampung Sungai Itau, Mukim Ayer Hangat , Langkawi kedah. Program ini dihadiri oleh YB. Amer Pared bin Mahamud ADUN Kuah, YB. Muhamad Amri bin Wahab, Adun Derga , Wakil Pegawai Daerah, Tuan Haji Zulkifili bin Abdullah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), wakil YB ADUN Ayer Hangat Shamsilah bt Siru , Encik Abdul Azim bin Mahmud , Penghulu Ayer Hangat wakil-wakil agensi dan lebih 30 penternak di daerah Langkawi.
Progam Suntikan FMD Seluruh Mukim Langkawi 2024
- Details
- Hits: 1008

Program Zon Bebas Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) Daerah Langkawi 2024. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Langkawi akan mengadakan Program Suntikan Mencegah Penyakit Kuku dan Mulut di seluruh mukim di Daerah Langkawi untuk memastikan Daerah Langkawi bebas dari penyakit FMD. Program tersebut akan diadakan pada 17 Feb hingga 29 Feb 2024. Lokasi program suntikan ini merangkumi 6 mukim di Langkawi. Bagi memastikan program ini dapat dijayakan, dipohon semua perternak Ruminan di Daerah Langkawi dapat memberikan kerjasama agar program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan perjalanan program ini bolehlah menghubungi PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH LANGKAWI di talian 04 9660460. " Penyakit Kuku & Mulut (FMD) adalah penyakit berimpak ekonomi yang boleh dikawal melalui pemvaksinan "
Penukaran Nombor Telefon

Klinik Veterinar DVS Kedah

Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami

Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Video





