Karnival Kebajikan Haiwan Dan Rabies Sedunia Mini Stadium Pendang 2025
- Details
- Hits: 34
06hb.Oktober | Karnival Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Tahun 2025 telah di adakan pada 03hb hingga 05hb Oktober 2025 di Mini Stadium Pendang,Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB EXCO Pertanian Tn. Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani serta turut di hadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang Encik Nasrun bin Dato Mohd. sheriff, YBrs.Dr Shaharul Akmar Bin Talib selaku Tuan Rumah, Pengarah-Pengarah jabatan/agensi dan pegawai-pegawai Kanan Jabatan. YBhg. Datuk Dr Mohd. Noor Hisham Bin Mohd. Harun turut hadir bagi memeriahkan program. Karnival Kebajikan Haiwan merupakan sebuah program penting yang menyeru kepada masyarakat untuk bersama-sama menganjurkan dan memperjuangkan kebajikan serta perlindungan haiwan. Inisiatif ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan serta penglibatan semua pihak, termasuk penternak, pedagang, NGO, klinik veterinar dan kedai haiwan.
Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antara pengisian program adalah Himpunan Lembu Sado Kedah Utara Terbuka, pameran statik jabatan dan agensi, Suntikan Vaksinasi Anti Rabies, Pemandulan Kucing, pameran ternakan, jualan produk makanan & ternakan, mini zoo, kursus penternakan, mainan kanak-kanak dan banyak lagi. Selain dari Kedah, Himpunan Lembu Sado juga turut disertai oleh Negeri Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Sebanyak 6 kategori dipertandingkan antaranya adalah :- King, Queen, Prince, Princess, Anak Muda Jantan, Anak Muda Betina.
Harapan agar program ini diteruskan di masa hadapan untuk menyampaikan maklumat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan Kebajikan Haiwan & juga dapat memperkembangkan Industri lembu Sado khususnya d Negeri Kedah.
Penukaran Nombor Telefon
Klinik Veterinar DVS Kedah
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar