Selamat Datang ke Portal DVS Kedah
Pemakluman Penggunaan Sistem eVETPERMIT 3.0
Prosedur Penyembembelihan Korban 2025
Pelaksanaan Ibadah Korban 2025
Suntikan Rabies Daerah Kubang Pasu 2025
Program Insentif DVS KEDAH 2025
Jom Muat Turun IKEDAH
Mesra Mobil
Layari web DVS Kedah menggunakan telefon pintar anda
Awas Penyakit Rabies
SMS Aduan
Program Suntikan Rabies Di Pendang Disember 2023.
- Details
- Hits: 923

Program Suntikan Rabies telah dilaksanakan pada 11, 12 dan 21 Disember 2023 di dua buat watt siam iaitu di Kampung paya Mat Inson dan watt siam Padang Peliang. Sebanyak 150 ekor anjing telah diberikan suntikan vaksin Rabies. Perlaksanaan program ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai veterinar daerah Pendang Iaitu En Rosli Bin Hussin. Kerjasama yang sangat baik telah diberikan oleh Masyarakat Siam di sekitar watt tersebut dan Pengurusan watt-watt tersebut. Diharap program seperti ini akan mendapatkan kerjasama dari seluruh masyarakat dinegeri Kedah bagi mamastikan negeri Kedah bebas daripada penyakit Rabies.
Pusat Tahanan Haiwan Pokok Sena Kedah.
- Details
- Hits: 942

Hari Bertemu Pelanggan Veterinar Daerah Baling.
Unpublished- Details
- Hits: 997

Program Hari Bertemu Pelanggan Daerah Baling Tahun 2023 telah di adakan pada 30hb & 31hb Oktober 2023 Di kompleks IADP Baling,Kedah. Program ini disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan aktiviti pertanian dan penternakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran statik jabatan dan agensi, pameran ternakan, kaunter pendftaran EPKL, kaunter bantuan insentif negeri, jualan produk ternakan ,jualan promosi beras, jualan daging lembu dan ayam segar, mini zoo, kursus penternakan, pertandingan masakan, pertandingan mewarna kanak-kanak dan lain-lain lagi.
Hari Bertemu Pelanggan Veterinar Daerah Langkawi.
Unpublished- Details
- Hits: 996

Program Hari Bertemu Pelanggan Daerah Langkawi Dan Himpunan Sado Edisi Khas Tahun 2023 telah di adakan pada 27hb hingga 29hb Oktober 2023 Di Dataran tapak parkir LADA Langkawi, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB EXCO Pertanian Tn Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani. Turut hadir adalah EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan, YB Mejar (B)Mansor bin Zakaria, Ahli Parlimen Langkawi YB Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Haji Abdullah, ADUN Air Hangat YB. Shamsilah Binti Siru, Adun Derga YB. Muhamad Amri Bin Wahab serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Field Mission On Food And Mouth Disease (FMD) Risk Assesement’
- Details
- Hits: 962

Program WOAH ‘Field Mission On Food And Mouth Disease (FMD) Risk Assesement’ telah berlangsung di Raia Hotel Alor Setar pada 3 Oktober 2023. Program ini melibatkan semua pemegang taruh dan penternak serta agensi lain yang berkaitan. Objektif program ini adalah untuk mengenal pasti dan kesediaan semua pihak dalam mewujudkan kawasan bebas FMD di Pulau Langkawi.
Hari Bertemu Pelanggan Veterinar Daerah Pendang.
- Details
- Hits: 1200

06 September 2023 | Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Pendang.
Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Pendang telah berlangsung dengan jayanya pada 06 September 2023. Program ini diadakan buat julung kalinya dipersekitaran Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Pendang dan disertai oleh pelbagai agensi yang berkaitan dan golongan penternak di Daerah Pendang. Program ini telah turut dihadiri oleh Dr.Shaharul Akmar bin Talib (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah), YB Dato Dr Hj.Mohd Hayati bin Othman (Adun Tokai), YB Abdul Razak bin Khamis (Adun Sungai Tiang) dan En Nasrun bin Dato Mohd Sheriff ( Pegawai Daerah Pendang)
Penukaran Nombor Telefon

Klinik Veterinar DVS Kedah

Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami

Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Video





