Lawatan Kerja Pengarah DVS Kedah Ke Ladang Farm Fresh Selama Perak.
- Details
- Hits: 33
Lawatan kerja ini dianjurkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan pendedahan secara langsung mengenai pengurusan ladang tenusu berskala besar. Lawatan ini juga bertujuan untuk memahami teknik penternakan lembu tenusu yang diamalkan oleh Farm Fresh.Ladang tenusu Farm Fresh di Selama, Perak merupakan salah satu ladang lembu tenusu utama di Malaysia yang menjalankan penternakan secara moden dan sistematik.Ladang diusahakan di atas kawasan seluas 824 ekar dan menjalankan sistem penternakan moden dan bersepadu. sebanyak 4300 ekor lembu tenusu diternak dengan majoriti lembu diimport dari Australia.Sistem penternakan di ladang sangat teratur dan efisien, menggabungkan teknologi moden serta amalan pengurusan ladang yang baik (Good Animal Husbandry Practices - GAHP). Kawalan kesihatan haiwan dilakukan dengan teliti oleh pasukan veterinar ladang sendiri, termasuk pemvaksinan, pemeriksaan berkala, dan pengurusan biosekuriti.Pusat pemerahan menggunakan sistem automatik yang menjamin kebersihan dan mutu susu yang tinggi.Kawasan padang ragut serta kawasan tanaman hijauan diurus dengan baik dan mencukupi untuk keperluan pemakanan ternakan.Lawatan ini telah memberi banyak maklumat dan pencerahan kepada pihak jabatan tentang potensi industri tenusu negara dan bagaimana amalan terbaik dapat diadaptasi di peringkat negeri. Diharapkan usaha membangunkan ladang tenusu negeri akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi menjamin kestabilan bekalan makanan dan meningkatkan tahap kecukupan hasil tenusu tempatan.
Program Suntikan Vaksin Rabies Pejabat Veterinar Daerah Kota Setar 2025.
- Details
- Hits: 202
15/02/2025 Sabtu, bertempat di Perkarangan Kompleks Perniagaan Alor Setar Mall, Kota Setar telah berlangsung satu Program Suntikan Vaksin Rabies yang dianjurkan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Setar dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Program tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini turut disertai oleh Bahagian Pelesenan di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Alor Setar bagi tujuan mempromosikan Lesen Pemeliharaan Anjing kepada pemilik anjing. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar turut terlibat dengan mengadakan pameran statik berkenaan penyakit Rabies.Di samping itu, pihak NGO juga membawa beberapa ekor anjing dan kucing untuk dipelihara (adoption) kepada sesiapa yang berminat.
Secara keseluruhannya, program ini telah disertai oleh seramai 20 orang kakitangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Setar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, 35 orang kakitangan dari Majlis Bandaraya Alor Setar , 2 orang kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan 10 orang kakitangan dari pihak NGO pencinta haiwan. Sebanyak 124 ekor anjing telah disuntik pada hari tersebut. Tujuan program tersebut adalah sebagai langkah pencegahan dari risiko dijangkiti penyakit Rabies kepada anjing yang dipelihara dan juga memberi kesedaran kepada pemilik anjing peliharaan untuk sentiasa memastikan suntikan pencegahan vaksin anti-Rabies diberikan kepada anjing peliharaan mereka mengikut jadual.
Kursus Penghasilan Makanan Ternakan Silaj Dan Hay Bil 1/2025 DVS Kedah.
- Details
- Hits: 140
Kursus ini dilaksanakan Pada 19 Februari 2025 bertempat di Ladang Sungai Setar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penternak mengenai teknik penghasilan makanan ternakan, khususnya silaj dan hay. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 27 penternak. Latihan ini penting bagi memastikan bekalan makanan ternakan yang mencukupi serta berkualiti sepanjang tahun, terutamanya ketika musim kering atau kekurangan sumber makanan hijauan segar.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada teknik pemilihan tanaman yang sesuai untuk silaj dan hay, Proses penuaian dan penyimpanan bagi memastikan kualiti makanan ternakan dan penggunaan peralatan seperti silage wrapper untuk pembuatan silaj serta cara pengeringan dan penyimpanan hay bagi mengekalkan nutrisi.
Penternak yang menghadiri kursus memberikan sambutan yang sangat positif. Mereka menunjukkan minat yang tinggi dan aktif dalam sesi praktikal. Kerjasama antara semua peserta amat menggalakkan, dan mereka bersepakat bahawa teknik yang dipelajari dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan makanan ternakan mereka.
Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pengetahuan dan kemahiran kepada penternak mengenai pembuatan makanan ternakan yang berkualiti. Dengan penerapan ilmu yang diperoleh, diharapkan penternak dapat mengurangkan kos makanan dan meningkatkan hasil ternakan mereka.
Majlis Program Sentuhan Madani Negeri Kedah (PPK) MADA C-III Tajar, Alor Setar Darul Aman 2024.
- Details
- Hits: 237
Pada tarikh 29/09/2024 Isnin bertempat di Pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-III Tajar, Alor Setar telah berlangsung Majlis Program Sentuhan Madani yang dirasmikan Yang Berhormat Datuk Seri Mohammad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Majlis ini bertujuan untuk memberi taklimat semasa penternak, petani dan nelayan yang terjejas bencana dan meninjau keadaan pasca bencana. Seramai dua orang penternak Negeri Kedah, Hanapi bin Saleh dan Nasarudin bin Pandak Osman telah mewakili penternak yang terjejas menerima sumbangan kit bantuan berupa makanan keperluan asas bagi kejadian pada 28 Ogos hingga 29 September 2024 dan seramai 67 orang penternak terdiri dari pada komoditi kerbau, lembu, kambing, bebiri, ayam dan itik telah terjejas bencana ribut dan banjir yang mengakibatkan kerugian RM 208,260.00. Kerugian sektor ternakan ini meliputi kematian ternakan, kerosakan infrastruktur dan peralatan penternakan. Bagi penternak - penternak yang terjejas telah disalurkan bantuan awal kecemasan dalam bentuk makanan ternakan (dedak), bata garam dan molasses.
Program Hari Bertemu Pelanggan Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Utara.
- Details
- Hits: 266
Pada tarikh 17 dan 18 Julai 2024, telah berlansungnya Program Hari Bertemu Pelanggan Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Utara dan Pusat Pembangunan Usahawan IAT’n Gurun dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Pelbagai pengisian yang menarik dan memberikan manfaat kepada pengunjung tidak kira pada penternak, pelajar sekolah mahupun kanak-kanak telah berlansung sepanjang dua hari iaitu Kursus ruminan dengan topik pemakanan ternakan, pengurusan rekod ternakan, demonstrasi pemerahan susu kambing, demonstrasi penyelenggaraan mesin susu mudah alih, pertandingan lasso, sidang ternak dan perkongsian penternak “Harvester Beroda Tiga” yang menjadi johan inovasi bahagian pengeluaran sempena konvensyen pengembangan dan inovasi baru-baru ini. Selain itu, penerapan elemen kebajikan haiwan kepada golongan pelajar sekolah melalui pertandingan mewarna “Sayangi Haiwan” dan seminar turut diadakan bagi memupuk kesedaran generasi masa depan terhadap tanggungjawab
Karnival Kebajikan Haiwan Taman Jubli Emas Peringkat Negeri Kedah 2024.
- Details
- Hits: 359
Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Peringkat negeri Kedah di Taman Jubli Emas, Alor Setar anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kedah telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Dzowahir bin Ab. Ghani, Pengerusi JK Pertanian, Perladangan Dan Pengangkutan Negeri Kedah. Turut hadir YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan YBrs. Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah DVS Negeri Kedah. Karnival kebajikan Haiwan yang diadakan bermula 19 - 21 Julai 2024 ini tidak hanya merupakan satu acara tapi sebuah program yang penting bagi menyeru kita untuk sama -sama menganjurkan dan memperjuangkan kebajikan serta perlindungan haiwan. Inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa sokongan serta penglibatan semua pihak. Akta Kebajikan Haiwan bukan semata diwujudkan untuk menghukum semata - mata namun lebih kepada usaha untuk menolak budaya kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan..
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Twitter@DVSKEDAH
Video