Panduan Zakat Binatang Ternakan
- Details
- Hits: 11026
Zakat adalah Rukun Islam yang ke 3, Dari segi bahasa ialah bersih, subur & berkembang maju, Dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
ZAKAT LEMBU/KERBAU
Kadar Nisab | Kadar Zakat | ||
Bilangan ekor | Bilangan | Jantina | Umur |
30-39 | 1 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih* |
40-59 | 1 ekor | Betina | 2 Tahun Lebih* |
60-69 | 2 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih |
70-79 | 1 ekor/1 ekor | Jantan/Betina | 1 Tahun Lebih * dan 2 Tahun Lebih |
80-89 | 2 ekor | Betina | 2 Tahun Lebih |
90-99 | 3 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih |
100-109 | 2 ekor dan 1 ekor | Jantan/Betina | 1 Tahun lebih dan 2 Tahun lebih |
110-119 | 2 ekor dan 1 ekor | Betina/Jantan | 2 Tahun lebih* dan 1 Tahun Lebih |
120-129 | 3 ekor dan 4 ekor | Betina/Jantan | 2 Tahun lebih* dan 1 Tahun lebih* |
Daripada Mu'az bin Jabal r.a
"Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman. Baginda memerintahkan aku mengambil seekor tabi' atau tabi'ah pada setiap 30 ekor lembu, dan seekor musinnah daripad setiap 40 ekor lembu."
* Riwayat at-Tirmizi(623) Abu Daud(1176)
Panduan :
- Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu jantan( tabi') yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina(musinnah) yang berumur 2 tahun.
- Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Plihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
ZAKAT KAMBING/BEBIRI
"...pada empat puluh ekor biri-biri dikenakan(zakat) seekor biri-biri.."
*Riwayat Ibnu Majah
Kadar Nisab | Kadar Zakat | ||
Bilangan ekor | Bilangan | Jantina | Umur |
40-120 |
1 ekor kambing biri-biri @ 1 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
1 tahun 2 tahun |
121-200 |
2 ekor kambing biri-biri @ 2 ekor kambing |
Jantan/Betina | 1 tahun |
201-399 |
3 ekor kambing biri-biri @ 3 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
1 tahun 2 tahun |
Penambahan seterusnya : Setiap 100 ekor |
1 ekor kambing biri-biri @ 1 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
2 tahun |
Panduan :
- Setiap pertambahan 100 ekor, zakat ditambahkan 1 ekor kambing berusia 2 tahun seterusnya.
- Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
- Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri.