Bahagian Pembangunan Industri Ternakan
OBJEKTIF
Menyediakan pelan pembangunan program pembangunan setiap komoditi, melaksanakan program pembangunan dan memberikan perkhidmatan kepakaran teknikal pengeluaran komoditi
FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan secara khususnya mengikut unit adalah seperti berikut:
Unit Pedaging
-
- Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri
- Mewujudkan suasana pelaburan dan membentuk strategi pelaksanaan yang menggalakkan melalui konsep zero waste industry
- Memberi khidmat teknikal dan kepakaran dalam industri pedaging.
- Mengimport dan mengagihkan baka-baka ternakan lembu/ kerbau dan kambing/bebiri melalui skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST)
Unit Unggas
-
- Mengumpul data dan maklumat industri unggas meliputi pengeluaran, pemasaran, kesihatan dan kualiti bagi tujuan menilai perkembangan industri, mengenalpasti masalah, merancang program pembangunan dan galakan pelaburan.
- Menyediakan bahan-bahan dan dokumen pengembangan serta melaksanakan khidmat rundingan industri.
- Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran unggas, memantau penggunaan dan keberkesanan penggunaannya.
- Menyediakan garis panduan, peraturan dan standard kualiti peladangan unggas dan memantau pencapaiannya.
- Melaksanakan program pemerhatian dan penyelidikan lapangan berkaitan industri unggas khususnya mengenai teknologi pengeluaran, pengangkutan dan pengendalian sisa ladang.
Unit Aneka Haiwan
-
- Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri aneka haiwan yang meliputi ternakan rusa, arnab, burung walit, landak dan burung unta.
- Menggalakkan aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi.
- Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan.
- Membimbing pengusaha industri aneka haiwan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.
Unit Industri Asas Ternakan
-
- Membangunkan kluster usahawan industri asas ternakan (IATn) yang berdaya saing.
- Memberi khidmat nasihat dan rundingcara kepada usahawan IATn.
- Melaksanakan pemantauan keatas aktiviti usahawan IATn
- Membudayakan inovasi produk-produk baru dikalangan usahawan IATn.
- Menyediakan platform bagi usahawan IATN mempromosikan produk-produk mereka.
Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembiakbakaan
-
- Menyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
- Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
- Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
- Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan.
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
913963
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Keseluruhan
1017
6223
29728
845110
7240
913963
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar