Progam Suntikan FMD Seluruh Mukim Langkawi 2024
- Details
- Hits: 899
Program Zon Bebas Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) Daerah Langkawi 2024. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Langkawi akan mengadakan Program Suntikan Mencegah Penyakit Kuku dan Mulut di seluruh mukim di Daerah Langkawi untuk memastikan Daerah Langkawi bebas dari penyakit FMD. Program tersebut akan diadakan pada 17 Feb hingga 29 Feb 2024. Lokasi program suntikan ini merangkumi 6 mukim di Langkawi. Bagi memastikan program ini dapat dijayakan, dipohon semua perternak Ruminan di Daerah Langkawi dapat memberikan kerjasama agar program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan perjalanan program ini bolehlah menghubungi PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH LANGKAWI di talian04 9660460 " Penyakit Kuku & Mulut (FMD) adalah penyakit berimpak ekonomi yang boleh dikawal melalui pemvaksinan "
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar