Majlis Penyerahan Insentif Penternakan & Amanat YB EXCO Pertanian Negeri Kedah 2024
- Details
- Hits: 900
Majlis Penyerahan Insentif Penternakan & Amanat YB EXCO Pertanian Negeri Kedah telah di adakan pada 29hb.Januari 2024 bertempat di Dewan Jamuan Negeri Wisma Darulaman Aman. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia Dr. Akma Bt Ngah Hamid .Seramai 18 penternak mewakili daerah Negeri Kedah menerima pengiktirafan Insentif tersebut. Anugerah yang disampaikan adalah 12 penternak mewakili Insentif Negeri, 5 penternak Ladang Bebas Penyakit & 3 penternak Program Peningkatan Populasi Pembiak ke arah Peningkatan produktiviti 60%. Penyampaian pengiktirafan tersebut disampaikan oleh YB EXCO Pertanian Tn Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani Dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar. Majlis ini juga turut di hadiri oleh wakil BPEN, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan penternak Negeri Kedah. Harapan YB agar program insentif ini diteruskan lagi di masa hadapan untuk memperkembangkan lagi Industri Ternakan Di Negeri Kedah.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar