
Selamat Datang ke Portal DVS Kedah

MAHA 2022 - 4 hingga 14 Ogos 2022

Bayaran TANPA Tunai mulai Jun 2022

Laman Veterinar HPPNK 2022

Jom Muat Turun IKEDAH

Permohonan Skim Insentif Galakan Penternakan

https://idaftar.kedah.gov.my

Program Latihan Kemahiran Kebangsaan ( PLKPK)

Mesra Mobil
Layari web DVS Kedah menggunakan telefon pintar anda

Awas Penyakit Rabies

SMS Aduan
Latihan Kemahiran Kebangsaan
PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG BAGI KEMASUKAN BULAN SEPTEMBER 2021
CARA MEMOHON :
Layari https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI)
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
Lumpy Skin Disease Di Kedah
Lumpy Skin Disease( LSD) adalah penyakit yang berjangkit yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau dan tidak menjangkiti manusia. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan berasal daripada Afrika dan mula dikesan di Asia Tenggara pada tahun 2020. Tanda kinikal penyakit ini adalah nodul (pembengkakkan) yang keras dan sakit pada kulit lembu serta boleh merebak di antara ternakan. Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi kawalan pencegahan yang paling berkesan adalah dengan vaksinasi.Kawalan pergerakan juga merupakan kawalan utama untuk mengelakkan daripada penyakit ini merebak kepada ternakan sihat yang lain.
Lembu Thailand positif LSD
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul, berkata jumlah itu sebahagian daripada 1,434 lembu diimport pada 26 April lalu, yang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke negara ini."Ketika tempoh kuarantin, beberapa sampel diambil daripada lembu berkenaan dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar."Hasil ujian makmal serta tanda klinikal mendapati 42 lembu dikesan positif penyakit LSD, iaitu sejenis penyakit berjangkit yang menjangkiti lembu, kerbau dan haiwan ruminan liar tertentu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sempadan Diperketatkan Elak Penyakit LSD
Kawalan sempadan Kelantan diperketat bagi mengelak kemasukan lembu seludup dari Thailand, susulan penularan penyakit kulit kental atau lumpy skin disease (LSD) yang dilaporkan mula menyerang haiwan ruminan di negara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, dalam masa sama, lembu dan kerbau di kawasan yang bersempadan dengan Thailand juga akan diperiksa dengan rapi.
Katanya, pemeriksaan itu akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan dengan kerjasama Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) membabitkan lembu dan kerbau di sekitar jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah.
42 lembu ternakan dari Thailand positif LSD
Alor Setar: Sebanyak 42 lembu ternakan diimport dari Thailand yang sedang dikuarantin oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dikesan menghidap penyakit 'Lumpy Skin Disease' (LSD). Pengarah Maqis Kedah Lily Rosalind Paul berkata, jumlah itu antara 1,434 lembu diimport dari Thailand pada 26 April lalu, yang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke negara ini. "Ketika tempoh kuarantin, beberapa sampel diambil daripada lembu itu dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV). Alor Setar: Sebanyak 42 lembu ternakan diimport dari Thailand yang sedang dikuarantin oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dikesan menghidap penyakit 'Lumpy Skin Disease' (LSD).
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Total votes: 105
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Twitter@DVSKEDAH
Video