Progam Suntikan FMD Seluruh Mukim Langkawi 2024
- Details
- Hits: 857
Program Zon Bebas Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) Daerah Langkawi 2024. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Langkawi akan mengadakan Program Suntikan Mencegah Penyakit Kuku dan Mulut di seluruh mukim di Daerah Langkawi untuk memastikan Daerah Langkawi bebas dari penyakit FMD. Program tersebut akan diadakan pada 17 Feb hingga 29 Feb 2024. Lokasi program suntikan ini merangkumi 6 mukim di Langkawi. Bagi memastikan program ini dapat dijayakan, dipohon semua perternak Ruminan di Daerah Langkawi dapat memberikan kerjasama agar program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan perjalanan program ini bolehlah menghubungi PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH LANGKAWI di talian 04 9660460. " Penyakit Kuku & Mulut (FMD) adalah penyakit berimpak ekonomi yang boleh dikawal melalui pemvaksinan "
Program Rezeki Ternak Tahun 2024 | Unggas
- Details
- Hits: 2274
Progam Rezeki Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (UNGGAS) Tahun 2024 telah dibuka 01 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024. Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code untuk mendapatakn Borang Permohonan dan Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklan dikembalikan ke Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan atau Pusat Opearsi VetEC sebelum atau pada 29 Februari 2024. Kriteria penerima | Warganegara Malaysia 15 tahun keatas | mempunyai tapak projek yang sah | penternak baharu/sedia ada yang mempunyai reban dan peralatan yang baik | tidak pernah menerima bantuan dari JPV. Pilihan bantuan: Anak ayam kampong kacukan, anak ayam kampung asli, anak ayam pedaging, anak ayam telur, anak itik penelur, anak itik daging, anak puyuh pedaging dan anak puyuh penelur.
Program Rezeki Ternak Tahun 2024/2025 | Ruminan
- Details
- Hits: 2698
Progam Rezeki Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (RUMINAN) Tahun 2024/2025 telah dibuka 01 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024. Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code untuk mendapatakn Borang Permohonan dan Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklan dikembalikan ke Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan atau Pusat Opearsi VetEC sebelum atau pada 29 Februari 2024. Kriteria penerima | Penternak Ruminan berdaftar dengan evetPermit JPV Malaysia | Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 01 Januari 2024, pengalaman menternak sekurangnya 1 tahun, tidak menerima bantuan dari agensi lain dan mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan ternakan (geran padanan 10:90) bantuan induk ruminan.
Kolaborasi Pintar KPM, UUM dan DVS Kedah.
- Details
- Hits: 864
04 Januari 2024 -Kolaborasi Pintar Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah - Program Hooves&Harvest Kelab MyAgrosis UUM Sintok, Kedah. Dalam mempersiapkan tenaga kerja berilmu dan berkemahiran bagi mencapai matlamat negara dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan negara, satu program kolaborasi pintar antara Sekolah Ruminan, Kolej Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan Tema "Hoovers And Harvest" telah berjaya dilaksanakan.Seramai 40 orang mahasiswa tahun tiga dari Program Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaantani Universiti Utara Malaysia telah mengikuti program tersebut. Program ini dianjurkan .
Majlis Anugerah Cermerlang DVS Kedah 2023.
- Details
- Hits: 819
7 DISEMBER 2023 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Sanjungan Budi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah 2023 telah diadakan pada 7 Disember 2023 di Ballroom ABC, Urban Inn Alor Setar. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah Jabatan Perkidmatan Veterinar Negeri Kedah. Turut hadir adalah semua kakitangan Jabatan Perkidmatan Veterinar Negeri dan Persekutuan. Majlis juga turut meraikan Perkhidmatan Veterinar Daerah yang terbaik yang dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Pendang, yang diketuai oleh En Rosli bin Hussin. Turut diraikan adalah pemenang aktiviti sukan jabatan di peringkat negeri dan kebangsaan dimana
Majlis Penyerahan Insentif DVS Kedah Tahun 2023.
- Details
- Hits: 981
27 DISEMBER 2023 - Majlis Penyerahan Insentif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Tahun 2023 telah di adakan pada 27 Disember 2023 Di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Padang Terap ,Kedah. Majlis ini telah hadiri oleh YBrs. Dr shaharul Akmar Bin Talib, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr. Siti Nurkhadijah Binti Md Yunos, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan,Dr Nuratiqah Binti Mohamad Radhi, Penyelaras VetEC Zon Utara serta PPVD dan Pegawai Operasi VetEC.Seramai 47 orang peserta Program Rezeki telah dijemput bagi menerima tawaran rasmi sebagai peserta bagi Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2023.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Twitter@DVSKEDAH
Video