Hari Bertemu Pelanggan Veterinar Daerah Langkawi.
Unpublished- Details
- Hits: 996

Program Hari Bertemu Pelanggan Daerah Langkawi Dan Himpunan Sado Edisi Khas Tahun 2023 telah di adakan pada 27hb hingga 29hb oktober 2023 Di Dataran tapak parkir LADA Langkawi, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB EXCO Pertanian Tn Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani. Turut hadir adalah EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan, YB Mejar (B)Mansor bin Zakaria, Ahli Parlimen Langkawi YB Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Haji Abdullah, ADUN Air Hangat YB. Shamsilah Binti Siru, Adun Derga YB. Muhamad Amri Bin Wahab serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya pameran statik jabatan dan agensi, pameran ternakan, kaunter pendaftaran EPKL, kaunter bantuan insentif negeri, jualan produk ternakan (Vetmart),mini zoo, pendaftaran petpassport, kursus penternakan dan lain-lain lagi. Bagi Himpunan Lembu Sado Edisi Khas Di Langkawi disertai oleh 35 penternak melibatkan 50 ternakan lembu sado yang menyertai 5 kategori Yang dipertandingkan :
Juara Kategori king of Sado
Mohd Yusof Amin Bin Masmawi dari Padang Mat Sirat (Baka Limousine)
Juara Kategori Queen of Sado
Ismail bin harini dari Ulu Melaka (Baka charolais)
Kategori Prince of Sado
Daud bin Ismail dari Ayer hangat (Baka charolais)
Kategori Princess of Sado
Mohammad ikmal bin Din dari Ulu Melaka (Baka Limousine)
Kategori Brahman Special
Muhammad syahmeer Bin Shaharom dari Ayer Hangat (baka Brahman)
Harapan oleh YB Exco adalah agar program ini diteruskan dimasa hadapan untuk memperkembangkan Induatri lembu Sado khususnya di Pulau Langkawi serta menyampaikan maklumat kepada penternak dan memberikan pendedahan kepada penduduk Langkawi berkenaan fungsi Dan peranan jabatan.
Penukaran Nombor Telefon

Klinik Veterinar DVS Kedah

Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami

Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar




