Selamat Datang ke Portal DVS Kedah
Pemakluman Penggunaan Sistem eVETPERMIT 3.0
Prosedur Penyembembelihan Korban 2025
Pelaksanaan Ibadah Korban 2025
Suntikan Rabies Daerah Kubang Pasu 2025
Program Insentif DVS KEDAH 2025
Jom Muat Turun IKEDAH
Mesra Mobil
Layari web DVS Kedah menggunakan telefon pintar anda
Awas Penyakit Rabies
SMS Aduan
Sambutan Bulan Intergriti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Semalaysia.
- Details
- Hits: 2

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah menyertai pertandingan video pendek bertemakan Integriti sempena Sambutan Bulan Intergriti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Semalaysia. Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, Jabatan telah berjaya meraih Tempat Pertama dalam pertandingan ini. Pengalaman ini bukan sahaja memberi pendedahan dalam penghasilan video, malah mengajar semua tentang kepentingan nilai integriti dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerja keras, komitmen, serta sokongan padu daripada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berkarya, berkhidmat dengan penuh keikhlasan, dan menjunjung tinggi nilai integriti dalam apa jua keadaan.
Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis serta motivasi untuk terus melangkah maju.
Karnival Kebajikan Haiwan Dan Rabies Sedunia Mini Stadium Pendang 2025
- Details
- Hits: 110

06hb.Oktober | Karnival Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Tahun 2025 telah di adakan pada 03hb hingga 05hb Oktober 2025 di Mini Stadium Pendang,Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB EXCO Pertanian Tn. Hj Dzowahir Bin Haji Abd. Ghani serta turut di hadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang Encik Nasrun bin Dato Mohd. sheriff, YBrs.Dr Shaharul Akmar Bin Talib selaku Tuan Rumah, Pengarah-Pengarah jabatan/agensi dan pegawai-pegawai Kanan Jabatan. YBhg. Datuk Dr Mohd. Noor Hisham Bin Mohd. Harun turut hadir bagi memeriahkan program. Karnival Kebajikan Haiwan merupakan sebuah program penting yang menyeru kepada masyarakat untuk bersama-sama menganjurkan dan memperjuangkan kebajikan serta perlindungan haiwan. Inisiatif ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan serta penglibatan semua pihak, termasuk penternak, pedagang, NGO, klinik veterinar dan kedai haiwan.
Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antara pengisian program adalah Himpunan Lembu Sado Kedah Utara Terbuka, pameran statik jabatan dan agensi, Suntikan Vaksinasi Anti Rabies, Pemandulan Kucing, pameran ternakan, jualan produk makanan & ternakan, mini zoo, kursus penternakan, mainan kanak-kanak dan banyak lagi. Selain dari Kedah, Himpunan Lembu Sado juga turut disertai oleh
Lawatan Kerja Ke PVD Sik Bersama Pengarah DVS Kedah Darul Aman
- Details
- Hits: 193

19 Jun 2025,Sik Satu lawatan kerja telah dihadiri oleh Y.Brs Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sik. Seramai 2 orang kakitangan dan 3 orang penternak telah terlibat dalam lawatan ini. Beberapa kawasan projek penternakkan telah dilawati antaranya projek ternakan penternak muda En Syafizul bin Md Rejab, penternak kambing, En Izwan, penternak lembu fidlot/baka serta En Syahril bin Abdullah merupakan penternak lembu fidlot/baka di Daerah Sik. Lawatan kerja ini bertujuan untuk menilai prestasi dan keberkesanan operasi di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sik dan berjumpa dengan penternak di kawasan tersebut untuk memahami isu dan cabaran yang mereka hadapi serta memantau projek yang sedang dijalankan di daerah tersebut. Selain itu, kehadiran Y.Brs Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah juga dapat memberikan galakkan kepada penternak muda untuk terus menerokai bidang ternakan ini dengan menjadikan bidang ini sebagai satu cabang sumber pendapatan mereka. Lawatan ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan semasa perkhidmatan veterinar di Daerah Sik dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan perkhidmatan veterinar terus relevan dan efektif dalam menyokong sektor penternakan negeri.
Lawatan Kerja Ke PVD Pdg Terap Bersama Pengarah DVS Kedah
- Details
- Hits: 208

15 Jun 2025, Padang Terap. Satu lawatan kerja telah dihadiri oleh Y.Brs Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Padang Terap. Seramai 4 orang kakitangan dan 2 orang dari JKR Kedah, En Azahari dan En. Asbullah dari unit JKR bangunan telah terlibat dalam lawatan ini.
Beberapa kawasan projek penternakkan telah dilawati antaranya projek ternakan Lembu milik En Mabarob dan sekitar kawasan Padang Ragut Bukit Kura. Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan projek menaiktaraf semula kandang milik Jabatan Pekhidmatan Veterinar Negeri Kedah, serta berjumpa dengan penternak dikawasan tersebut untuk memahami isu dan cabaran yang mereka hadapi serta memantau projek yang sedang dijalankan di daerah tersebut. Lawatan ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan semasa perkhidmatan veterinar di Daerah Padang Terap dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan perkhidmatan veterinar terus relevan dan efektif dalam menyokong sektor penternakan negeri.
Malaysia bebas penyakit Anthrax
- Details
- Hits: 301

PUTRAJAYA – Malaysia disahkan kekal bebas daripada penyakit anthrax walaupun negara jiran, Thailand melaporkan satu kes kematian manusia akibat jangkitan penyakit itu pada 1 Mei lalu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan kes tersebut berpunca daripada penyembelihan lembu dan pengambilan daging mentah di Daerah Don Tan, Wilayah Mukdahan, Thailand yang terletak bersempadan dengan Republik Demokratik Rakyat Lao. Menurut DVS, penyakit anthrax disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia serta membawa maut. “Malaysia bebas daripada penyakit anthrax sejak kes terakhir dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada tahun 1976. Sehingga kini, tiada laporan berkenaan penyakit anthrax di negara ini. “Walau bagaimanapun, DVS sentiasa berwaspada memandangkan penyakit ini masih aktif di beberapa negara lain termasuk Thailand,” kata DVS dalam satu kenyataan pada Ahad. Jelas DVS, penyakit anthrax boleh menjangkiti ternakan dan manusia melalui sentuhan langsung dengan spora bakteria yang dihasilkan oleh Bacillus anthracis. “Antara tanda klinikal yang boleh dikesan pada haiwan termasuk kematian mengejut, demam tinggi, lemah, sukar bernafas, bengkak di kawasan jangkitan terutama di leher, muntah dan cirit-birit. “Dalam sesetengah kes, darah juga boleh keluar dari hidung, mulut atau dubur haiwan,” katanya.
DVS memaklumkan pihaknya telah memohon jaminan daripada pihak berkuasa Thailand bahawa tiada haiwan atau produk haiwan dari kawasan berisiko tinggi anthrax dieksport ke Malaysia. “Kami juga meminta laporan status terkini, langkah kawalan pergerakan haiwan dan pelan kontingensi penyakit anthrax daripada Thailand. Ini penting memandangkan Malaysia mengimport ternakan lembu dan kerbau dari Thailand.
Ladang Farm Fresh Selama Perak.
- Details
- Hits: 421

Lawatan kerja ini dianjurkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan pendedahan secara langsung mengenai pengurusan ladang tenusu berskala besar. Lawatan ini juga bertujuan untuk memahami teknik penternakan lembu tenusu yang diamalkan oleh Farm Fresh.Ladang tenusu Farm Fresh di Selama, Perak merupakan salah satu ladang lembu tenusu utama di Malaysia yang menjalankan penternakan secara moden dan sistematik.Ladang diusahakan di atas kawasan seluas 824 ekar dan menjalankan sistem penternakan moden dan bersepadu. sebanyak 4300 ekor lembu tenusu diternak dengan majoriti lembu diimport dari Australia.Sistem penternakan di ladang sangat teratur dan efisien, menggabungkan teknologi moden serta amalan pengurusan ladang yang baik (Good Animal Husbandry Practices - GAHP). Kawalan kesihatan haiwan dilakukan dengan teliti oleh pasukan veterinar ladang sendiri, termasuk pemvaksinan, pemeriksaan berkala, dan pengurusan biosekuriti.Pusat pemerahan menggunakan sistem automatik yang menjamin kebersihan dan mutu susu yang tinggi.Kawasan padang ragut serta kawasan tanaman hijauan diurus dengan baik dan mencukupi untuk keperluan pemakanan ternakan.Lawatan ini telah memberi banyak maklumat dan pencerahan kepada pihak jabatan tentang potensi industri tenusu negara dan bagaimana amalan terbaik dapat diadaptasi di peringkat negeri. Diharapkan usaha membangunkan ladang tenusu negeri akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi menjamin kestabilan bekalan makanan dan meningkatkan tahap kecukupan hasil tenusu tempatan.
Penukaran Nombor Telefon

Klinik Veterinar DVS Kedah

Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami

Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar
Video





