Sejarah Penubuhan Kami
- Details
- Hits: 2332
Perkhidmatan Haiwan di Kedah bermula semasa Kedah masih lagi di bawah naungan Negeri Siam. Perkhidmatan Haiwan diwujudkan kerana Negeri Kedah mempunyai bilangan ternakan kerbau, lembu yang begitu banyak. Negeri Kedah adalah Negeri yang pertama mempunyai Perkhidmatan Haiwan berbanding dengan negeri-negeri lain"Non Federated Malay State".1907, Tuan J.J Fleury menjadi Doktor Haiwan Kedah yang pertama, menjalankan operasi di sebuah pejabat berhampiran dengan Pekan Rabu. Tugas pertama beliau waktu itu ialah menwujudkan system perlesenan kerbau-lembu bagi Negeri Kedah. Ini dilakukan demi membendung kes-kes kecurian ternakan serta mengawal wabak penyakit FMD dan rinderpest.
Selepas Perang Dunia Pertama, dua orang graduan veterinary dari India turut membantu kerja-kerja Tuan J.J Fleury. Pejabat operasi telah berpindah ke Jalan Kolam Air. Pejabat Haiwan Daerah turut di wujudkan seperti di Kedah Tengah (Sungai Petani), Kedah Selatan (Kulim) dan Kedah Utara (Kota Setar).
Doktor Haiwan bertindak sebagai Pengarah Negeri manakala Pejabat Haiwan Daerah diketuai oleh Inspecter Veterinar (AVO) dan dibantu oleh Konstable Veterinar (Atendan). Pegawai Haiwan bumiputera yang pertama di Kedah ialah Dr. Johari bin Daud yang menjadi pengarah sekitar tahun 1952 – 1957.
Perkhidmatan Veterinar mula berkembang selaras dengan kepesatan pembangunan negara selepas negara mencapai kemerdekaan..Serentak dengan itu Perkhidmatan Veterinar Daerah turut diwujudkan, ini bertujuan meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Veterinar dan Kawalan penyakit ternakan berjalan dengan lancar.
Pada 26, Ogos 1973, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kedah telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Datok Kumbar, Alor Setar sehingga sekarang.