Ladang Farm Fresh Selama Perak.
- Details
- Hits: 138
Lawatan kerja ini dianjurkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan pendedahan secara langsung mengenai pengurusan ladang tenusu berskala besar. Lawatan ini juga bertujuan untuk memahami teknik penternakan lembu tenusu yang diamalkan oleh Farm Fresh.Ladang tenusu Farm Fresh di Selama, Perak merupakan salah satu ladang lembu tenusu utama di Malaysia yang menjalankan penternakan secara moden dan sistematik.Ladang diusahakan di atas kawasan seluas 824 ekar dan menjalankan sistem penternakan moden dan bersepadu. sebanyak 4300 ekor lembu tenusu diternak dengan majoriti lembu diimport dari Australia.Sistem penternakan di ladang sangat teratur dan efisien, menggabungkan teknologi moden serta amalan pengurusan ladang yang baik (Good Animal Husbandry Practices - GAHP). Kawalan kesihatan haiwan dilakukan dengan teliti oleh pasukan veterinar ladang sendiri, termasuk pemvaksinan, pemeriksaan berkala, dan pengurusan biosekuriti.Pusat pemerahan menggunakan sistem automatik yang menjamin kebersihan dan mutu susu yang tinggi.Kawasan padang ragut serta kawasan tanaman hijauan diurus dengan baik dan mencukupi untuk keperluan pemakanan ternakan.Lawatan ini telah memberi banyak maklumat dan pencerahan kepada pihak jabatan tentang potensi industri tenusu negara dan bagaimana amalan terbaik dapat diadaptasi di peringkat negeri. Diharapkan usaha membangunkan ladang tenusu negeri akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi menjamin kestabilan bekalan makanan dan meningkatkan tahap kecukupan hasil tenusu tempatan.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar