Rabies Daerah Kota Setar 2025.
- Details
- Hits: 292
15/02/2025 Sabtu, bertempat di Perkarangan Kompleks Perniagaan Alor Setar Mall, Kota Setar telah berlangsung satu Program Suntikan Vaksin Rabies yang dianjurkan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Setar dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Program tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini turut disertai oleh Bahagian Pelesenan di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Alor Setar bagi tujuan mempromosikan Lesen Pemeliharaan Anjing kepada pemilik anjing. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar turut terlibat dengan mengadakan pameran statik berkenaan penyakit Rabies.Di samping itu, pihak NGO juga membawa beberapa ekor anjing dan kucing untuk dipelihara (adoption) kepada sesiapa yang berminat.
Secara keseluruhannya, program ini telah disertai oleh seramai 20 orang kakitangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Setar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, 35 orang kakitangan dari Majlis Bandaraya Alor Setar , 2 orang kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan 10 orang kakitangan dari pihak NGO pencinta haiwan. Sebanyak 124 ekor anjing telah disuntik pada hari tersebut. Tujuan program tersebut adalah sebagai langkah pencegahan dari risiko dijangkiti penyakit Rabies kepada anjing yang dipelihara dan juga memberi kesedaran kepada pemilik anjing peliharaan untuk sentiasa memastikan suntikan pencegahan vaksin anti-Rabies diberikan kepada anjing peliharaan mereka mengikut jadual.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar