Kursus Penghasilan Makanan Ternakan Silaj Dan Hay Bil 1/2025 DVS Kedah.
- Details
- Hits: 235
Kursus ini dilaksanakan Pada 19 Februari 2025 bertempat di Ladang Sungai Setar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penternak mengenai teknik penghasilan makanan ternakan, khususnya silaj dan hay. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 27 penternak. Latihan ini penting bagi memastikan bekalan makanan ternakan yang mencukupi serta berkualiti sepanjang tahun, terutamanya ketika musim kering atau kekurangan sumber makanan hijauan segar.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada teknik pemilihan tanaman yang sesuai untuk silaj dan hay, Proses penuaian dan penyimpanan bagi memastikan kualiti makanan ternakan dan penggunaan peralatan seperti silage wrapper untuk pembuatan silaj serta cara pengeringan dan penyimpanan hay bagi mengekalkan nutrisi.
Penternak yang menghadiri kursus memberikan sambutan yang sangat positif. Mereka menunjukkan minat yang tinggi dan aktif dalam sesi praktikal. Kerjasama antara semua peserta amat menggalakkan, dan mereka bersepakat bahawa teknik yang dipelajari dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan makanan ternakan mereka.
Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pengetahuan dan kemahiran kepada penternak mengenai pembuatan makanan ternakan yang berkualiti. Dengan penerapan ilmu yang diperoleh, diharapkan penternak dapat mengurangkan kos makanan dan meningkatkan hasil ternakan mereka.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar