Program Hari Bertemu Pelanggan Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Utara.
- Details
- Hits: 261
Pada tarikh 17 dan 18 Julai 2024, telah berlansungnya Program Hari Bertemu Pelanggan Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Utara dan Pusat Pembangunan Usahawan IAT’n Gurun dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Pelbagai pengisian yang menarik dan memberikan manfaat kepada pengunjung tidak kira pada penternak, pelajar sekolah mahupun kanak-kanak telah berlansung sepanjang dua hari iaitu Kursus ruminan dengan topik pemakanan ternakan, pengurusan rekod ternakan, demonstrasi pemerahan susu kambing, demonstrasi penyelenggaraan mesin susu mudah alih, pertandingan lasso, sidang ternak dan perkongsian penternak “Harvester Beroda Tiga” yang menjadi johan inovasi bahagian pengeluaran sempena konvensyen pengembangan dan inovasi baru-baru ini. Selain itu, penerapan elemen kebajikan haiwan kepada golongan pelajar sekolah melalui pertandingan mewarna “Sayangi Haiwan” dan seminar turut diadakan bagi memupuk kesedaran generasi masa depan terhadap tanggungjawab terhadap haiwan serta nilai-nilai kemanusiaan.Program ini juga telah dimeriahkan dengan pameran ternakan yang mempamerkan kambing susu, bebiri, landak raya, arnab dan ayam warna. Di pameran statik terdapat hebahan insentif-insentif jabatan, pendaftaran subsidi diesel budi madani, terdapat juga booth SSPN, Agrobank, Jualan Ubatan Haiwan, Jualan produk usahawan IAT’n, harvester beroda tiga, pameran peralatan permanian beradas lembu dan juga pameran makanan ternakan. Pejabat Kesihatan Bedong turut hadir memberikan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada para pengunjung.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah JPV Negeri Kedah pada 17 Julai 2024 dan turut hadir bersama adalah Ketua Seksyen Pengembangan Dr Mohd Razi bin Abdullah, Pengarah Negeri JPV Perlis Dr Zawida bin Bahari dan Ketua Bahagian Pembangunan Industri JPV Negeri Pulau Pinang, Dr Nor Ameza binti Ahmad Zabidi. Ketua Pengarah JPV Malaysia, YBrs Dr Akma binti Ngah Hamid turut membuat kunjungan di Program Hari Bertemu Pelanggan pada 18 Julai 2024 dan menyempurnakan majlis penutup serta memberikan penghargaan kepada usahawan-usahawan yang menyertai program jualan termasuklah Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Kedah, Sumber segar enterpise ( Dadih, susu), Syarikat kredibel Utama enterprise( Pusat santuari landak raya Jeneri), Kebab ( Pn Norliza binti Abu Bakar), Noorisya Maju Jaya Enterprise ( Telur Masin), Anzal Enterprise (Ayam Goreng), Jamal Jaya Enterprise (Untuk Jualan Daging Segar), En Abdul Halim bin Abdullah (Bakso), Ayam Bismi, Pertubuhan Peladang Kawasan Gurun/Teloi Kiri ( promosi barangan asas) dan Produk sejuk beku dari Ambangan Dorongan.
Pusat Pengembangan Veterinar ( VetEC) Utara merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan jabatan serta semua pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga pengisian dari program Hari Bertemu Pelanggan ini memberi manfaat yang berkekalan kepada semua pihak yang terlibat.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar