Karnival Kebajikan Haiwan Taman Jubli Emas Peringkat Negeri Kedah 2024.
- Details
- Hits: 359
Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Peringkat negeri Kedah di Taman Jubli Emas, Alor Setar anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kedah telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Dzowahir bin Ab. Ghani, Pengerusi JK Pertanian, Perladangan Dan Pengangkutan Negeri Kedah. Turut hadir YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan YBrs. Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah DVS Negeri Kedah. Karnival kebajikan Haiwan yang diadakan bermula 19 - 21 Julai 2024 ini tidak hanya merupakan satu acara tapi sebuah program yang penting bagi menyeru kita untuk sama -sama menganjurkan dan memperjuangkan kebajikan serta perlindungan haiwan. Inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa sokongan serta penglibatan semua pihak. Akta Kebajikan Haiwan bukan semata diwujudkan untuk menghukum semata - mata namun lebih kepada usaha untuk menolak budaya kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang program ini termasuk pertandingan memasak berasaskan produk haiwan, program pemeriksaan kesihatan haiwan, program pemandulan kucing, klinik haiwan, fun run, suntikan vaksinasi anti rabies, himpunan dan pertandingan Lembu Sado dan banyak lagi aktiviti menarik. Himpunan Lembu Sado pada Kali ini melibatkan lebih 200 ekor Lembu Sado dari seluruh negara dan diadakan bukan hanya memperkukuhkn industri ternakan tetapi mempromosikan kepelbagaian genetik dan potensi ekonomi yang besar dalam bidang penternakan lembu. Program pemandulan kucing pula mendapat sambutan amat menggalakkan dengan mencatatkan sebanyak 150 ekor kucing semasa pendaftaran awal dibuka. Ini disebabkan kesedaran awam terhadap kawalan populasi haiwan kesayangan mereka. Aktiviti - aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan namun dapat mendidik masyarakat tentang tanggungjawab kita terhadap haiwan dan pentingnya penjagaan kebajikan mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar