Majlis Penyerahan Kunci Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Baling.
- Details
- Hits: 436
Majlis Penyerahan Kunci Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Baling telah diadakan pada 26 Jun 2024 (Hari Rabu) bertempat di bangunan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Baling yang baru siap dibina. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Y.Brs Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Encik Ir. Asrul Effendi bin Jamlus, Jurutera Daerah Baling. Di dalam majlis ini, pihak JKR Daerah Baling telah menyerahkan kunci PPVD Baling kepada Tuan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dengan disaksikan oleh kehadiran pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kerja Raya Daerah Baling dan Pihak Kontraktor yang melaksanakan projek tersebut. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Baling akan memulakan operasi di premis baru pada 15 Julai 2024 selepas proses perpindahan selesai sepenuhnya.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar