Ketua Pengarah DVS Malaysia Ke Pokok Sena Kedah
- Details
- Hits: 1329
2 September 2023| Pokok Sena, Kedah
Lawatan kerja YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid ke Projek Tenusu Syarikat SCS Dairy, Pokok Sena, Kedah.
SCS Dairy dimiliki oleh Dato' Low Cheng Leong, kini mempunyai 241 ekor ternakan lembu tenusu. Projek bermula pada tahun 2014, mendapat bimbingan dari Pusat Operasi Jitra bermula tahun 2019. Syarikat ini telah menyertai program pembangunan industri tenusu negara bagi skop transformasi usahawan berskala besar pada tahun 2021 dengan perolehan 100 ekor induk tenusu bunting baka kacukan Friesian dari Australia, sebuah tangki penyejuk susu berkapasiti 3000 liter dan sebuah lori tangki dengan kapasiti 3000 liter.
Jumlah induk perah pada masa kini adalah sebanyak 83 ekor dengan purata pengeluaran susu sebanyak 1100 liter/hari. Hasil susu dihantar ke Dutch Lady setiap bulan sebanyak ~27 000 liter.
DVS menjalankan program kesihatan seperti vaksinasi FMD mengikut jadual, survelan bagi saringan penyakit Brucellosis, Tuberculosis dan AMR turut dijalankan di ladang ternakan untuk memastikan ternakan sihat dan ditahap baik. Perkhidmatan palpasi rektal bagi pemeriksaan kebuntingan di bawah skop program pembiakan, konsultasi pemakanan serta khidmat nasihat turut diberikan.
Turut hadir sama pada Lawatan kali ini ialah Dr. Shaharul Akmar bin Talib, Pengarah DVS Negeri Kedah, Dr. Siti Nurkhadijah Binti Md Yunus, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan DVS Kedah, serta Dr. Nur Atiqah binti Mohamad Radhi, Pusat Pengembangan Veterinar ( VetEC) Utara.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar