Lumpy Skin Disease Di Kedah
- Details
- Hits: 2495
Lumpy Skin Disease( LSD) adalah penyakit yang berjangkit yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau dan tidak menjangkiti manusia. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan berasal daripada Afrika dan mula dikesan di Asia Tenggara pada tahun 2020. Tanda kinikal penyakit ini adalah nodul (pembengkakkan) yang keras dan sakit pada kulit lembu serta boleh merebak di antara ternakan. Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi kawalan pencegahan yang paling berkesan adalah dengan vaksinasi.Kawalan pergerakan juga merupakan kawalan utama untuk mengelakkan daripada penyakit ini merebak kepada ternakan sihat yang lain.
Pada 20 Mei 2021, terdapat 2 kes yang disyaki di Daerah Kota Setar dan Sik.Sampel (darah dan calitan hidung serta air liur) telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar Malaysia,Ipoh untuk pengesahan.Pada 1 Jun 2021, terdapat 1 kes yang disyaki di Daerah Kulim. Sampel darah dan calitan hidung serta air liur telah diambil dan telah dihantar ke makmal untuk tujuan pengesahan. Sehingga kini keputusan makmal masih belum diperolehi.
Pada 18 Mei 2021, pihak MAQIS menjalankan pemeriksaan pada semua Stesen Kuarantin Swasta yang sedang menjalankan kuarantin lembu di Bukit Kayu Hitam dan didapati 3 dari 4 stesen kuarantin swasta terdapat lembu yang mempunyai tanda klinikal Lumpy Skin Disease (LSD).
Pada 20 Mei 2021, pasukan dari Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah serta MAQIS telah mengambil sampel bagi pengesahan penyakit LSD di Stesen Kuarantin Swasta di Bukit Kayu Hitam. Bilangan lembu yang sedang di kuarantin adalah 1880 ekor dan yang disyaki berpenyakit ialah 42 ekor.Semasa dalam tempoh lanjutan kuarantin,ternakan yang disyaki berpenyakit akan diasingkan. Pemakluman secara rasmi kepada pemunya dan pemilik premis secara bertulis mengenai pemanjangan tempoh kuarantin telah dibuat.
MAQIS akan memohon semua stesen kuarantin untuk berjaga-jaga. Pemantauan harian akan dilakukan oleh MAQIS. Walaupun telah tamat tempoh kuarantin untuk FMD, namuan akan dilanjutkan untuk membanteras LSD. ( tambahan 14 hari kuarantin dari tarikh kes baru dijumpai dalam tempoh kuarantin semasa ). Tempoh inkubasi LSDV adalah selama 28 hari. Penyakit LSD bukan merupakan penyakit zoonotik dan sehingga kini tiada laporan yang mengesahkan jangkitan atau transmisi LSDV pada manusia.Buat masa ini tiada ternakan boleh keluar atau masuk ke semua Stesen Kuarantin Haiwan (Swasta) sehingga mendapat arahan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.Selaras dengan peruntukan kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ( Kuarantin dan Pemeriksaan ) Tahun 2013 [ P.U (A) 116/2013 ], Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [ Akta 728 ], proses pelupusan terhadap lembu yang telah positif dijangkiti dan menunjukkan tanda klinikal akan dilakukan sejurus tamat tempoh kuarantin lanjutan
Pihak Jabatan telah memaklumkan penyakit ini kepada semua Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) pada 19 Mei 2021 dan meminta semua PPVD untuk ambil maklum mengenai penyakit ini serta memantau ternakan lembu dan kerbau di daerah masing-masing. serta memaklumkan kepada penternak di daerah masing-masing mengenai penyakit ini dan tanda –tanda penyakit ini. Penternak dikehendaki untuk melaporkan kepada Pejabat Veterinar terdekat jika didapati terdapat ternakan mereka yang mempunyai tanda klinikal penyakit tersebut kerana penyakit ini termasuk dalam senarai penyakit wajib lapor .
Penternak dinasihatkan untuk tidak memindahkan ternakan mereka dan hendaklah mengasingkan ternakan yang mempunyai tanda klinikal penyakit tersebut daripada ternakan lain yang sihat.
Penternak dinasihatkan untuk menjalankan kawalan vektor (nyamuk, serangga menggigit dan kutu) di ladang masing-masing kerana penyakit ini adalah bawaan vektor penghisap darah.
Sehubungan dengan itu, saya sebagai EXCO Pertanian dan Industri Makanan Negeri Kedah akan memantau dari semasa ke semasa dan meminta Jabatan Perkhidamtan Veterinar dan MAQIS untuk peka dan bersiap-siaga bagi menangani wabak ini.aripada menular.
YB TUAN AZMAN BIN NASRUDIN
EXCO PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI KEDAH
2 Jun 2021
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar