Kawalan Penyakit Anjing Gila (Rabies)
- Details
- Hits: 392
Berikutan pengesanan kes positif penyakit Anjing Gila (Rabies) di kawasan kawalan “immune-belt” di Perlis pada Ogos 2015, program pencegahan melalui pelalian/vaksinasi telah dipertingkatkan bagi memastikan anjing-anjing peliharaan di kawasan “immune-belt” negeri Kedah terutama di daerah Kubang Pasu mendapat perlindungan melalui suntikan pelalian penyakit Rabies.Semua pemilik-pemilik yang anjing mereka belum mendapat suntikan pelalian penyakit Rabies hendaklah berbuat demikian di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan. Orang awam atau pemilik anjing juga diminta melaporkan kepada Jabatan Kesihatan, klinik-klinik atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan dengan segera sekiranya berlaku kes gigitan anjing pada manusia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelalian penyakit Rabies sila berhubung Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Penukaran Nombor Telefon
Klinik Veterinar DVS Kedah
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Twitter@DVSKEDAH
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar