1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Piagam Pelanggan

Kami berazam untuk menghayati moto jabatan " TUGAS KAMI BERBAKTI KEPADA ANDA " dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelangan-pelanggan kami  dengan

  • Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggung jawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
  • Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sedia ada dan 7 hari bagi maklumat yang baru.
  • Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tempoh terima aduan tersebut.
  • Memastikan pelaksanaan piagam pelanggan disemua peringkat jabatan.

 

Berita Terkini

 PERKHIDMATAN SUNTIKAN PELALIAN ANTI RABIES.

Mulai bulan Januari 2013 perkhidmatan pelalian anti rabies tidak dilaksanakan dari rumah ke rumah. Para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan membawa haiwan kesayangan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran atau ke Klinik Veterinar Alor Setar

PERKHIDMATAN KLINIK VETERINAR JPV KEDAH

WAKTU RAWATAN KLINIK  VETERINAR

AHAD - RABU
8.30AM - 12.30AM
2.00PM - 4.00PM
KHAMIS
8.30AM - 12.00PM

KAWALAN PENYAKIT RABIES
(ANJING GILA)

Berikutan pengesanan penyakit Rabies di kawasan ' immune belt ' di Perlis bulan Ogos 2015 yang lalu. Program pencegahan melalui pelalian dan pemvaksinan telah di pertingkatkan bagi memastikan anjing peliharaan di kawasan ' immune belt ' Negeri Kedah terutama di Daerah Kubang Pasu mendapat suntikan pelalian penyakit Rabies.

Suntikan pelalian dan pemvaksinan perlu diberikan kepada semua anjing peliharaan dan boleh dibuat di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Orang awam atau tuan punya anjing juga diminta melapor kepada Jabatan Kesihatan, klinik berhampiran atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan sekiranya berlaku kejadian gigitan anjing pada manusia.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Negeri Kedah Darul Aman
Jalan Datuk Kumbar 05300
Alor Setar Kedah.

Tel No : 04 720 5200
Fax No : 04 734 4673

 Sekian Harap  Maklum.

 

Disember 2017
12
Selasa

Alih Bahasa