1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman dapat dilaksana bagi memenuhi keperluan pengunjung yang melayari Laman Web Jabatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan program-program yang dijalankan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) terlibat memberi perkhidmatan dengan teras aktiviti di dalam aspek kesihatan dan kawalan penyakit haiwan, serta pembangunan komoditi ternakan. Perkhidmatan yang diberikan juga termasuk kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang penternakan.

Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya produk daripada hasilan ternakan mencapai kualiti keselamatan makanan yang ditetapkan, dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kawalan penyakit zoonotik dan haiwan kesayangan.

Selamat melayari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.

Sekian. Wassalam.

 

DR.AHMAD SHAFRI BIN HASSAN 

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman

 

 

Berita Terkini

 PERKHIDMATAN SUNTIKAN PELALIAN ANTI RABIES.

Mulai bulan Januari 2013 perkhidmatan pelalian anti rabies tidak dilaksanakan dari rumah ke rumah. Para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan membawa haiwan kesayangan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran atau ke Klinik Veterinar Alor Setar

PERKHIDMATAN KLINIK VETERINAR JPV KEDAH

WAKTU RAWATAN KLINIK  VETERINAR

AHAD - RABU
8.30AM - 12.30AM
2.00PM - 4.00PM
KHAMIS
8.30AM - 12.00PM

KAWALAN PENYAKIT RABIES
(ANJING GILA)

Berikutan pengesanan penyakit Rabies di kawasan ' immune belt ' di Perlis bulan Ogos 2015 yang lalu. Program pencegahan melalui pelalian dan pemvaksinan telah di pertingkatkan bagi memastikan anjing peliharaan di kawasan ' immune belt ' Negeri Kedah terutama di Daerah Kubang Pasu mendapat suntikan pelalian penyakit Rabies.

Suntikan pelalian dan pemvaksinan perlu diberikan kepada semua anjing peliharaan dan boleh dibuat di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Orang awam atau tuan punya anjing juga diminta melapor kepada Jabatan Kesihatan, klinik berhampiran atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan sekiranya berlaku kejadian gigitan anjing pada manusia.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Negeri Kedah Darul Aman
Jalan Datuk Kumbar 05300
Alor Setar Kedah.

Tel No : 04 720 5200
Fax No : 04 734 4673

 Sekian Harap  Maklum.

 

November 2017
19
Ahad

Alih Bahasa