Kejadian Banjir Lumpur di Daerah Baling
04 Julai 2022, Baling Kedah Darul Aman, Banjir Lumpur di Daerah Baling yang melibatkan Mukim Kupang. Bilik Gerakan Bencana ditubuhkan Di Jabatan Veterinar Daerah Baling. Seterusnya Pemantauan awal ke lokasi kejadian dijalankan pada 5 Julai 2022 oleh pasukan DVS Kedah Dan Vetec Zon Utara. Antara tugasan telah dijalankan adalah survelan dan verifikasi di beberapa buah kampung . Bantuan awal telah diberikan kepada 6 penternak yang telah dikenalpasti terjejas iaitu: Kampung Hangus(2) ,Kampung Bendang Padang(4). Antara bantuan awal yang telah diagihkan kepada penternak terlibat adalah seperti makanan ternakan,dedak ,rumput kering, molasses dan anti stress . Pemantauan diteruskan bagi memastikan penternak yang terlibat mendapat bantuan awal yang sepatutnya.
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar