Lembu Thailand positif LSD
- Details
- Hits: 2149
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul, berkata jumlah itu sebahagian daripada 1,434 lembu diimport pada 26 April lalu, yang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke negara ini."Ketika tempoh kuarantin, beberapa sampel diambil daripada lembu berkenaan dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar."Hasil ujian makmal serta tanda klinikal mendapati 42 lembu dikesan positif penyakit LSD, iaitu sejenis penyakit berjangkit yang menjangkiti lembu, kerbau dan haiwan ruminan liar tertentu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Lily berkata, setakat ini terdapat dua premis kuarantin di Kedah dan Kelantan yang menempatkan ternakan lembu diimport dari Thailand yang menunjukkan tanda klinikal penyakit LSD.Berikutan itu, katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar meminta pihaknya memanjangkan tempoh kuarantin daripada 14 kepada 28 hari untuk memantau lebih rapi ternakan import berkenaan."Prosedur ujian ini dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit yang dikhuatiri jika tidak dikawal, boleh menyebabkan industri ternakan ruminan negara terjejas."Semua lembu yang positif penyakit LSD ini ditahan dan dikuarantin dengan pemantauan rapi," katanya.Beliau berkata, punca penyakit LSD ialah virus Poxviridae yang disebarkan melalui gigitan serangga seperti nyamuk dan lalat.
Carian Kakitangan
Pendapat Anda
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan?
Statistik
Laman Media Sosial Kami
Imbas QR Code di atas untuk versi telefon pintar