1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

THE ROYAL LANGKAWI CAT SHOW 2018

 

10 Ogos 2018 - LANGKAWI, Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah dijemput oleh pihak LADA untuk mengadakan pameran Sempena The Royal Langkawi Cat Show 2018 yang telah diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi pada 10 hingga 11 Ogos 2018.

Pihak Jabatan dengan Kerjasama Unit Kebajikan Haiwan Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya telah mengadakan pameran berkenaan berkenaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (AKH 2015) dan Pet Passport). Satu ceramah berkenaan AKH 2015 telah diadakan pada 11 OGOS 2018 kepada pengunjung dan semua pemilik kucing yang menyertai pertandingan kucing anjuran Kelab Meow dan LADA. Ceramah tersebut diberikan oleh DR. WAN SHARIFUDIN dari DVS PUTRAJAYA. 

Selain itu aktiviti pemasangan mikrocip dan pet passport dijalankan. Pemilik kucing dan anjing datang ke booth pameran untuk mendapatkan pet passport dan mikrocip. Terdapat juga aktiviti mewarna kepada pengunjung (kanak-kanak dan dewasa) bagi memperkenalkan AKH 2015.

Pada 10 Ogos 2018, Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Kedah telah Mencemar Duli ke Pameran tersebut. Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah memberi penjelasan berkenaan AKH 2015 dan pet passport.

Pada 11 Ogos 2018, YAB Menteri Besar telah melawat pameran jabatan. Beliau telah dimaklumkan berkenaan AKH 2015 dan pet passport.

Pameran jabatan dan Pet Passport telah mendapat sambutan yang menggalakan dari seluruh penduduk Langkawi.

October 2018
15
Isnin

Alih Bahasa

Jumlah Pengunjung

2941347
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1443
1644
3087
2927845
23989
68125
2941347

Your IP: 192.168.1.1
Server Time: 2018-10-15 16:06:18