1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

SKIM REZEKI TERNAK

1

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah diluluskan untuk melaksnakan Skim Rezeki Ternak pada tahun 2020. Skim ini bertujuan untuk membantu penternak kecil dan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk meningkatkan pendapatan serta mengekalkan sumbagan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan.

Borang permohonan skim REZEKI TERNAK boleh didapati dilaman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar ATAU boleh dimuat turun dari laman web Jabatan. Permohonan ini dibuka sehingga 31 Mac 2020.

2.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN REZEKI TERNAK

Pemohon harus mengikuti syarat-syarat seperti berikut:

A.  Pemohon mestilah penternak kecil sedia ada yang telah berdaftar dengan
     E-Permit 2 dan berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di
    Daerah terdekat. Bagi pemohon di dalam golongan isi rumah
    berpendapatan rendah (B40). Mereka adalah di dalam senarai penerima
    Bantuan Sara Hidup (BSH).
B. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak
    melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
C. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminan
    sekurang-kurangnya 1 tahun,
D. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.
    Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang
    berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.
E. Keluasan kawasan menternak yang mencukupi dan mempunyai sumber
    makanan.
F. Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.
G. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan
    Perkhidmatan Veterinar (DVS) sepanjang tempoh perlaksanaan projek.
H. Ladang penternak kecil mempunyai program kesihatan dengan DVS
    Negeri dan membuat saringan penyakit (Bruselosis/CLA/lain-lain penyakit)
    mengikut program kawalan penyakit kebangsaan sebelum permohonan
    dibuat.
I.  Pemohon yang berjaya layak diberi ternakan maksima 5 ekor lembu induk
    atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak
    RM20,000.J. Pemohon yang berjaya perlu menandatangani perjanjian bersama
    Kerajaan bagi menjalankan projek penternakan di bawah skim ini
    sekurang-kurangnya 3 tahun.
K. Pemohon yang berjaya perlu menyediakan 10% daripada jumlah
    perolehan ternakan.

 

Download BORANG REZEKI TERNAK.

Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China

1

 
Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam

 
PUTRAJAYA - 04 FEBRUARI 2020. Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari Shaoyang, China sebaliknya mengimport keratan ayam daripada loji pemprosesan di Liao-cheng, Shangdong iaitu kira-kira 1,313 kilometer dari lokasi penularan wabak selesema burung H5N1.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan World Animal Health Organisation (OIE) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari semasa ke semasa.

“Jabatan sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1.

“Setakat ini tiada sampel yang positif. Langkah berjaga-jaga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap konsainan untuk diuji,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, media melaporkan pemerintah China mendedahkan berlaku penularan wabak selesema burung H5N1 di sebuah ladang ternakan di bandar Shaoyang di wilayah selatan Hunan.

Kira-kira 4,500 daripada 7,859 ayam yang diternak di ladang itu dilaporkan mati akibat jangkitan virus tersebut.

HARI VETERINAR SEDUNIA 2019

1

Hari Bertemu Pelanggan PVD Kuala Muda

1

Hari Bertemu Pelanggan 2019 DVS Kedah

1

02 April 2019 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sik akan mengadakan HARI BERTEMU PELANGGAN TAHUN 2019 peringkat jabatan. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan  dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang diantaranya Seminar Teknologi Pemakanan, Seminar Ternakan Ayam Kampong, Seminar Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Pertandingan Mewarna. Disamping itu pelbagai demontrasi, pameran dan jualan dari pelbagai agensi dibawah MOA akan diadakan dan tidak ketinggalan juga Klinik Kesihatan Veterinar. 

DEMONTRASI , PAMERAN DAN JUALAN.

  1. DEMONTRASI PENGHASILAN EM
  2. DEMONTRASI KAEDAH PENANAMAN RUNMPUT NAPIER (POLYBAG)
  3. DEMONTRASI PRODUK UASAHAWAN IAT
  4. PAMERAN JABATAN & AGENSI MOA
  5. PAMERAN BAKA & JUALAN AYAM KAMPUNG
  6. JUALAN PRODUK USAHAWAN MOA

JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI !!! MERIAHKAN LAGI HARI BERTEMU PELANGGAN KAMI...

CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA....

Selanjutnya...

HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI LANGKAWI 2019

1

Program Pembangunan Ruminan (PROPER)

1
Industri penternakan ruminan negara berhadapan dengan isu pengurangan populasi induk asas dan kualiti baka bagi pengeluaran daging dalam negara. Kesan ini dapat dilihat dengan ketara melalui kemampuan tahap saradiri (SSL) daging lembu yang berkurangan dari kadar 30.12% pada tahun 2010 kepada 24.8% pada tahun 2016. Statistik jabatan juga menunjukkan populasi ternakan ruminan (lembu) telah menurun sebanyak 10.5% dari tahun 2009 sehingga 2016. Oleh itu, pelaksanaan Skim PROPER adalah salah satu inisiatif DVS bagi membantu pembangunan industri ruminan negara ke arah yang lebih mantap.
 
Keterangan Lanjut :  
Pemohon hanya boleh memohon secara atas talian di laman sesawang http://svm.dvs.gov.my/apps/proper/index.html dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh DVS.

PASAR TERNAKAN BIL 1/2019

1

Amanat Pengarah DVS KEDAH 2019

1

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH - 09 JANUARI 2019 (Rabu). Bersempena dengan sambutan tahun baru 2019 jabatan telah mengadakan perhimpunan pagi untuk mendengar amanat dari Tuan Pengarah Dr. Shaharul Akmar Bin Talib. Beliau telah menyentuh pelbagai kriteria yang perlu diambil kira sebagai seorang penjawat awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan veterinar kepada pelanggan berada di tahap yang terbaik. Perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh semua kakitangan DVS Kedah termasuk kakitangan yang bertugas di daerah...

Selanjutnya...

Penyeragaman Lokasi

Soalan
Lazim
Hubungi
Kami

Aduan Dan
Maklum Balas

Peta
Laman
Mac 2020
29
Ahad

Alih Bahasa

Jumlah Pengunjung

3777257
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
278
596
278
3771564
23297
31330
3777257

Your IP: 35.175.121.230
Server Time: 2020-03-29 10:20:31