1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Muafakat Kedah

 

24 Febuari 2018 - TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan ekspo muafakat Kedah, yang pertama diadakan di negeri ini.

Ekspo bermula hari ini hingga 3 Mac yang diadakan di Stadium Darul Aman itu menyasarkan 400,000 pengunjung.

Kira-kira 119 jabatan kerajaan dan swasta terlibat dalam ekspo itu dan diletakkan dalam 20 kelompok kluster mengikut kesesuaian sistem penyampaian jabatan, sama ada dalam bentuk pameran, khidmat nasihat, penerangan dan bantuan secara langsung.

Ekspo itu merupakan platform untuk kerajaan mempromosi agenda pembangunan yang dilaksanakan kepada rakyat.

Melalui ekspo tersebut, semua jabatan dan agensi akan digemblengkan kerjasama menerusi satu bumbung melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).