1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Program Muafakat Jalinan Tani @ Rakyat Daerah Langkawi 2018

14-1-2018 - LANGKAWI, Bertempat di Perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi. Satu program telah diadakan bagi merapatkan jalinan mesra antara Agensi di bawah MOA dengan para petani penternak dan nelayan seluruh daerah Langkawi. Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut antaranya termasuklah program permanian beradas, taklimat ternakan, pameran statik dan juga penyerahan ternakan TRUST kepada penternak yang berpotensi seluruh daerah Langkawi. Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Suraya Binti Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga Dan IKebajikan Masyarakat, Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Darul Aman.