1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Insentif Peralatan dan Infrastruktur Asas Penternakan atau Pemprosesan

DVSKEDAH 10/1/2018 - Insentif ini bertujuan membantu penternak dan usahawan industri asas ternakan untuk menaiktaraf premis,bengkel,kandang,pusat pemprosesan atau,kiosk dalam usaha menjadikan bidangusaha yang diceburi berdaya saing dan mapan disamping meningkatkan pendapatan.

Kriteria Pemilihan;

  • Warganegara malaysia
  • Merupakan penternak sedia ada ( pedaging/tenusu) atau usahawan tenusu
  • Berdaftar dan mendapat bimbingan jabatan sekurang-kurangnya setahun
  • Lokasi premis yang sesuai
  • Mempunyai kawasan atau tanah samada milik sendiri/sewaan/pajakan/diberi kebenaran gunapakai tanah
  • Pernah mengikuti kursus persijilan agensi/jabatan

Permohonan Bantuan hendaklah melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah atau Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu yang berdekatan.