1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Permohonan Bantuan Insentif Pembangunan Penternakan Aneka Haiwan 2018

DVSKEDAH 10/1/2018 - Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan penternakan rusa dan piru sebagai pendapatan tambahan melalui bantuan ternakan sekurang-kurangnya 4 ekor induk dan 1 ekor pejantan untuk ternakan rusa dan bantuan baka piru atau kelengkapan projek.

Kriteria Pemilihan;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan penternak sedia ada
  3. Berdaftar dan mendapat bimbingan jabatan sekurang-kurangnya setahun
  4. Mempunyai kawasan menternak dan sumber makanan tambahan untuk ternakan ( pembiakan rumpai azola,homeplot atau pengolahan sisa pertanian.

Keterangan lanjut : Sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan.