1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Permohonan Bantuan Insentif Unggas 2018

DVS KEDAH 10/1/2018 - Skim bantuan insentif Unggas bertujuan untuk membantu penternak meningkatkan pendapatan penternak unggas dan memperluaskan pasaran kepada jualan produk tambah nilai dan proses hiliran. Skim ini juga memberi insentif dan galakan kepada penternak ke arah sistem penternakan reban tertutup dan kawalan biosekuruti ladang.

Kriteria Pemilihan 

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penternak yang sedang menjalankan penternakan unggas sepanjang tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman
  • Mempunyai ternakan unggas minimum 100 ekor
  • Berdaya maju mengembangkan projek
  • Penternakan di kawasan tanah milik sendiri
  • Bersedia menerima bimbingan dan nasihat jabatan

Keterangan lanjut : Sila berhubung dengan Pegawai Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan.