1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Articles

Permohonan Bantuan Ternakan Ruminan 2018

DVS KEDAH-10/1/2018- Permohonan bantuan ternakan DVS Kedah telah dibuka selama sepanjang tahun 2018. Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan. Hanya pemohon yang berdaftar dan mendapat bimbingan dari Jabatan sahaja akan dipertimbangkan. Sila hadir sendiri ke Pejabat Veterinar Daerah dengan membawa dokumen sokongan projek ternakan yang dijalankan bagi tujuan saringan terlebih dahulu. 

Kriteria Pemilihan.

  1. Warga Negara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 57 tahun
  3. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 3 tahun
  4. Mempunyai kawasan menternak dan sumber makanan ternakan
  5. Mempunyai sumber bekalan makanan hijau dan rumput bermutu
  6. Mempunyai keupayaan menyediakan prasarana asas dan modal yang mencukupi
  7. Berdaftar dan mendapat bimbingan Jabatan sekurang-kurangnya setahun

Keterangan Lanjut : Sila berhubung dengan Pegawai Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan.